Thursday, April 30, 2009

Buat Seorang Ayah.....


Ayah,
Kau adalah insan yang sangat kami hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalkami,
Kesabaran kau begitu mengagumkan kami,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
terkadang terpaksa bermalam dalam hutan berbulan-bulan
(Sebagai Polis Hutan )
Demi membesarkan anak-anakmu ini,

Ayah,
Kepayahan kau dalam mendidik kami,
Amatlah kami hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan kami,
Sehingga membuatkan kami berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,

Ayah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Kami tetap akan selalu menyayangimu,
  
Kerana kami tahu semua itu adalah semata-mata 
untuk mengajar kami menjadi tabah dan kuat sepertimu....


Pemergian Ayah yang mendadak pada 16 April 2011 baru-baru ini amat meruntun hati kami..Tidak kami sangka langsung begitu cepat Ayah akan meninggalkan kami..Tapi apa boleh buat..Inilah yang telah ditetapkan ALLAH dan terpaksalah kami redha dan pasrah  akan ketentuan Illahi... Doa kami semoga Ayah dimasukkan bersama golongan orang-orang yang soleh ..Amin.....
Dari:
Kami,anak-anak ayah...

4 comments:

  1. murad mcm biasa la dengar nama tu.

    ReplyDelete
  2. Murad adalah nama popular bg.orang kedah. Why? Ada kenal sesapa ngan nama itu? My father ni,bekas polis. sebelum tu,dia keje sebagai polis hutan,di BTN 4,sg.petani.

    ReplyDelete
  3. Hargai kedua org tua mereka selagi mereka masih ada di sisi kita... :).
    Terima kasih kak, sudi jengah rumah saya :).

    ReplyDelete