Tuesday, April 28, 2009

Jangan Berprasangka.....

Renung-renungkan….

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang
makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak
ceria disangka membela
........
mana tahu yang
diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


"Tegakkn Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu"Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
Allah says: "By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience." [Sûrah al-`Asr]





No comments:

Post a Comment