Wednesday, July 22, 2009

My Piece Of Work...

My youngest son, Hazim.
Inilah Qawwiem,cucu saudara pertamaku yang begitu cerdik..bercita-cita menjadi seperti allahyarham Mokhtar Dahari.....
Qawwiem bersama bondanya yang tercinta, Bonda Faten.
Di hari persandingan anak saudaraku yang kedua, Apit bersama isterinya, Jue.
Posted by Picasa

Friday, July 17, 2009

Cucu Saudara kami,Qayyuum @Amirul

Wednesday, July 15, 2009

Kari Bawal Special


Inilah resepi akak kelmarin sempena cuti peristiwa di Kelantan. Nak sama-sama gi Manik Urai,dengar-dengar kata jem teruk.. so, better relax at home, kemas-kemas rumah dan masak-masak... Pagi-pagi lagi kami berdua pegi ke pasar . Akak beli bawal 2 ekor. Bolehlah masak Kari Bawal special, for beloved family.

Inilah hasilnya.. Hubby begitu berselera









Kari Bawal Special siap!!




Sunday, July 12, 2009

Bertemu Sahabat Lama



Cikgu Normah







Hubby akak dan Encik Zaidi


Seronok benor kelmarin...setelah 25 tahun tidak berjumpa,akhirnya kelmarin kami bertemu kembali..Kalau sebelum ini,kami masih solo lagi,kelmarin seronok bercerita tentang keluarga masing-masing...yang terharunya bila suami kami bersembang seolah-olah dah lama kenal mengenali...

Friday, July 10, 2009

Teringin Durian






















Pagi tadi, kami pergi melawat anak bongsu kami,Hazim di asramanya. Kami turut membawa bersama buah kegemarannya, durian. Begitu berselera kami lihat dia makan. Seronok rasanya. Kami juga bawa ayam dan kentang goreng seperti selalu bila kami pergi ke sana.
Lihatlah betapa bersusah payahnya, si abah untuk mengoyak durian tersebut...takpalah...berbaloiii.....
Yang Kakaknya nie, pemalu sikit... Bila tahu nak rakam gambarnya, terus di palingkan muka. Bila saat berkumpul begini,teringat kami pada anak sulung yang kini sedang belajar di UNIMAS.
















Monday, June 29, 2009

Kabel Telefon Dicuri Orang

Assalamualaikum...
Apa kabar kawan-kawan...Dah lama tak menulis ye....Bukannya apa..sebulan dua yang lalu,tiada line internet di rumah,so...had to stop for a while..Nak ke CC? Sorilah,malulah pulak...takkan nak berebut ngan anak-anak muda pulak...tapi bila terpaksa antar OLP dan print assignment,terpaksalah kan....Macam mana boleh takda line internet nie....rupa-rupanya kabel telefon di kawasan rumah telah dicuri oleh anak-anak muda yang gian dadah...apalah malangnya nasib mereka... Kawan-kawan yang sebaya dan seusia dgn.mereka sedang giat bergelut ngan pelajaran,mereka pulak bergelut ngan gian dadah....so,in order to buy the 'things' terpaksalah mencuri..nak minta duit kat family?? Mungkin TI..DAK......Hok nak marah sangat nyer...siapalah si bedebah yang sanggup membeli "Tembaga" yang terdapat di dalam kabel tu...kalau takda pembeli,tentulah mereka takkan mencuri kabel tu kan.....
Dicatat oleh kakteh di 02:26

Thursday, April 30, 2009

Buat Seorang Ayah.....


Ayah,
Kau adalah insan yang sangat kami hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalkami,
Kesabaran kau begitu mengagumkan kami,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
terkadang terpaksa bermalam dalam hutan berbulan-bulan
(Sebagai Polis Hutan )
Demi membesarkan anak-anakmu ini,

Ayah,
Kepayahan kau dalam mendidik kami,
Amatlah kami hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan kami,
Sehingga membuatkan kami berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,

Ayah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Kami tetap akan selalu menyayangimu,
  
Kerana kami tahu semua itu adalah semata-mata 
untuk mengajar kami menjadi tabah dan kuat sepertimu....


Pemergian Ayah yang mendadak pada 16 April 2011 baru-baru ini amat meruntun hati kami..Tidak kami sangka langsung begitu cepat Ayah akan meninggalkan kami..Tapi apa boleh buat..Inilah yang telah ditetapkan ALLAH dan terpaksalah kami redha dan pasrah  akan ketentuan Illahi... Doa kami semoga Ayah dimasukkan bersama golongan orang-orang yang soleh ..Amin.....
Dari:
Kami,anak-anak ayah...

PUISI CINTA UNTUK IBU


Ibu, kau memberikan separuh hidupmu

Memberikan banyak cinta untukku sepanjang hidupmu

Menjadi tempat mengaduku

Kau memberikan semangat untukku

Memberikan waktumu untukku

Hanya kau wanita yang paling kucintai di dunia ini

Ibu, hanya kau yang mempunyai waktu untuk mencintaiku

Ibu, hanya air matamu yang mengalir untukku

Ibu, hanya engkau yang menyerahkan nyawamu untuk menyelamatkanku

Hanya ada uluran tanganmu ketika aku menangis

Hanya ada senyummu ketika aku bersedih

Hanya ada tawamu ketika aku senang

Ibu, hanya engkau yang ada dalam hatiku

Ibu, seandainya aku bisa menghapus air matamu

Seandainya ibu tahu aku juga merasakan pedihnya hatimu

Aku merasakan jika ibu sedang sedih

Tapi anak mu ini tidak dapat berbuat seperti yang ibu lakukan padaku

Ibu, seandainya aku bisa menggantikan kesedihan ibu dengan tawaku

Seandainya aku bisa memberikan nyawa ini walau hanya separuh dari nyawaku

Seperti yang ibu lakukan ketika melahirkan aku

Seandainya aku bisa menjadi tempat mengadumu

Seperti aku yang bisa mengadu padamu

Aku hanya ingin menyapu air matamu, ibu....

Aku juga ingin merasakan perih dan pedih yang ibu rasakan

Ibu, sejuta cintaku

Sejuta kasihku

Sejuta perhatianku

Dan sejuta sujudku ditelapak kakimu....

Allah, angkatlah beban ibuku....

Hanya engkau yang bisa

Karena hanya Engkau tempat mengadu ibuku....

Ibu, aku mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwaku

Hanya untuk ibu seorang...

Dari kami,

Anak-anakmu....

NOTHING IS IMPOSSIBLE

When someone tells you that you can't do something ...
cid:1.1980116097@web76316.mail.sg1.yahoo.com



Look around
....
cid:2.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


Consider all options
...
cid:3.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


Then GO for it
!
cid:4.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


Use all the things God gave you

cid:5.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


Be creative
!
cid:6.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


In the end, you will succeed and prove them wrong
!
cid:7.1980116098@web76316.mail.sg1.yahoo.com


Always remember
Nothing is impossible, if your heart is willing


Have a good day!

Tuesday, April 28, 2009

A Beautiful Hadith

Dearest friends......



A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his
head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud
and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and
Nakeer(names of two special Angels), come in the grave and try to separate
this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in
privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion,he
is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are
appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him
admitted into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which
you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice.
Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have
nogrief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.

AMEEN



Jangan Berprasangka.....

Renung-renungkan….

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang
makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak
ceria disangka membela
........
mana tahu yang
diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


"Tegakkn Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu"Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
Allah says: "By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience." [Sûrah al-`Asr]





Sunday, April 26, 2009

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Assalamualaikum............


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.


Nama syaitan


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS


6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!


7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian ;


Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,


Insya-Allah.


wassalam.

Tuesday, April 21, 2009

Masih terasa lagi kegembiraan kami menyambut hari raya yang terakhir bersamanya... "Kak Lang"...itulah panggilan manja kami padanya sejak kecil lagi.... Kak Lang seorang yang gembira dan ceria selalu...

Gambar kenangan keluarga diambil bersama ayahnda bonda tersayang...

Bergambar dengan anaknda fadhliana dan aiman

Dari lima beradik,kini tinggal empat beradik sahaja.....semoga ALLAH merahmati roh arwah kakakku itu....amin...

Bergambar bersama anaknda bongsu kami yang tersayang...Hazim...

Inilah satu-satunya anak perempuan kami yang manja..Che Nurdiyana...

Inilah anak sulung kami, Hanif @ Abg. Long yang tersayang....

Bersama suamiku yang tercinta, Che Hassim....

Inilah gambar-gambar kenangan kami semasa menyambut raya 2007 yang lalu...kami menyambutnya di rumah ibubapa kami di Tanah Merah.

Semasa menghantar alongku ke Unimas, Sarawak


Gambar nie diambil sebelum along naik kapalterbang ke Unimas, Sarawak. Rindu kami akan keriangan dan kenakalannya semasa bersama...seorang abang yang penyayang pada adik-adiknya,seorang anak yang sangat baik dan mengambil berat akan keluarganya....

KELEBIHAN AYAT AL-KURSI

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya s eda ngkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
' Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang! '

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.rat tersebut berbunyi begini :

' Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati. '


::: Hati Emas :::



SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin ' Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat... '




Wassalam.

Sunday, April 19, 2009

Resepi Ayam Goreng Rangup

AYAM GORENG RANGUP


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
600gm tepung gandum
60gm tepung ubi
60 gm tepung kek
2 sudu makan serbuk cili
1 biji telur
garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum,tepung ubi dan tepung kek di dalam satu bekas. Gaulkan rata.
2. Masukkan serbuk cili.
3. Perasakan dengan garam secukupnya.
4. Pecahkan telur,pukul sedikit sehingga rata. Asingkan dalam bekas lain.
5. Celup ayam di dalam telur dan gaulkan bersama campuran tepung tadi.
6. Goreng menggunakan minyak banyak dan panas. Goreng sehingga garing.
SELAMAT MENCUBA.....