Wednesday, July 22, 2009

My Piece Of Work...

My youngest son, Hazim.
Inilah Qawwiem,cucu saudara pertamaku yang begitu cerdik..bercita-cita menjadi seperti allahyarham Mokhtar Dahari.....
Qawwiem bersama bondanya yang tercinta, Bonda Faten.
Di hari persandingan anak saudaraku yang kedua, Apit bersama isterinya, Jue.
Posted by Picasa

Friday, July 17, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Kari Bawal Special


Inilah resepi akak kelmarin sempena cuti peristiwa di Kelantan. Nak sama-sama gi Manik Urai,dengar-dengar kata jem teruk.. so, better relax at home, kemas-kemas rumah dan masak-masak... Pagi-pagi lagi kami berdua pegi ke pasar . Akak beli bawal 2 ekor. Bolehlah masak Kari Bawal special, for beloved family.

Inilah hasilnya.. Hubby begitu berselera









Kari Bawal Special siap!!




Sunday, July 12, 2009

Bertemu Sahabat Lama



Cikgu Normah







Hubby akak dan Encik Zaidi


Seronok benor kelmarin...setelah 25 tahun tidak berjumpa,akhirnya kelmarin kami bertemu kembali..Kalau sebelum ini,kami masih solo lagi,kelmarin seronok bercerita tentang keluarga masing-masing...yang terharunya bila suami kami bersembang seolah-olah dah lama kenal mengenali...

Friday, July 10, 2009

Teringin Durian






















Pagi tadi, kami pergi melawat anak bongsu kami,Hazim di asramanya. Kami turut membawa bersama buah kegemarannya, durian. Begitu berselera kami lihat dia makan. Seronok rasanya. Kami juga bawa ayam dan kentang goreng seperti selalu bila kami pergi ke sana.
Lihatlah betapa bersusah payahnya, si abah untuk mengoyak durian tersebut...takpalah...berbaloiii.....
Yang Kakaknya nie, pemalu sikit... Bila tahu nak rakam gambarnya, terus di palingkan muka. Bila saat berkumpul begini,teringat kami pada anak sulung yang kini sedang belajar di UNIMAS.
















Monday, June 29, 2009

Kabel Telefon Dicuri Orang

Assalamualaikum...
Apa kabar kawan-kawan...Dah lama tak menulis ye....Bukannya apa..sebulan dua yang lalu,tiada line internet di rumah,so...had to stop for a while..Nak ke CC? Sorilah,malulah pulak...takkan nak berebut ngan anak-anak muda pulak...tapi bila terpaksa antar OLP dan print assignment,terpaksalah kan....Macam mana boleh takda line internet nie....rupa-rupanya kabel telefon di kawasan rumah telah dicuri oleh anak-anak muda yang gian dadah...apalah malangnya nasib mereka... Kawan-kawan yang sebaya dan seusia dgn.mereka sedang giat bergelut ngan pelajaran,mereka pulak bergelut ngan gian dadah....so,in order to buy the 'things' terpaksalah mencuri..nak minta duit kat family?? Mungkin TI..DAK......Hok nak marah sangat nyer...siapalah si bedebah yang sanggup membeli "Tembaga" yang terdapat di dalam kabel tu...kalau takda pembeli,tentulah mereka takkan mencuri kabel tu kan.....
Dicatat oleh kakteh di 02:26

Thursday, April 30, 2009

Buat Seorang Ayah.....


Ayah,
Kau adalah insan yang sangat kami hormati,
Kau adalah insan yang teramat mulia,
Pada pandangan hati dan akalkami,
Kesabaran kau begitu mengagumkan kami,
Tanpa keluh kesah,
Kau rela berpanas dan berhujan,
terkadang terpaksa bermalam dalam hutan berbulan-bulan
(Sebagai Polis Hutan )
Demi membesarkan anak-anakmu ini,

Ayah,
Kepayahan kau dalam mendidik kami,
Amatlah kami hargai,
Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu,
Engkau terus berjuang,
Untuk menyelesakan kami,
Sehingga membuatkan kami berazam,
Untuk membalas jasamu itu,
Yang tak pernah kenal erti jemu,

Ayah,Ketahuilah,
Anakmu ini teramat sayang padamu,
Biarpun terkadang diherdik, dimarah,
Kami tetap akan selalu menyayangimu,
  
Kerana kami tahu semua itu adalah semata-mata 
untuk mengajar kami menjadi tabah dan kuat sepertimu....


Pemergian Ayah yang mendadak pada 16 April 2011 baru-baru ini amat meruntun hati kami..Tidak kami sangka langsung begitu cepat Ayah akan meninggalkan kami..Tapi apa boleh buat..Inilah yang telah ditetapkan ALLAH dan terpaksalah kami redha dan pasrah  akan ketentuan Illahi... Doa kami semoga Ayah dimasukkan bersama golongan orang-orang yang soleh ..Amin.....
Dari:
Kami,anak-anak ayah...